PRODUK DIGITAL BUMIPUTERA MALAYSIA / PERINTIS PERCUMA

PBD lebih lancar.
Hasil lebih jelas.

Isi PBD dan UASA di SPPB (MOEIS) melalui panel atau Excel. Semak perubahan sebelum simpan, kemudian lihat apa yang benar-benar direkod.

✓ Semak sebelum simpan✓ Baca semula selepas simpan✓ Tiada Hantar automatik
PAPARAN SEBENAR RUANG PBD
Paparan menu Ruang PBD pada kelas ujian, dengan lima tugas dan status akses Percuma
Paparan aliran Excel pukal dalam Ruang PBD
Skrin sambungan sebenar · kelas dan murid ujian rekaan
UNTUK GURU PBD & UASABERFUNGSI DALAM SESI SPPB ANDAPRODUK BEBAS, BUKAN RASMI KPM

MASALAH YANG DISELESAIKAN

Bukan sekadar isi cepat.
Tahu apa yang sudah siap.

Pengisian untuk ramai murid melibatkan lebih daripada satu medan. Bila kerja dibuat secara pukal, setiap perubahan perlu jelas sebelum dan selepas simpan.

01

Kerja berulang

TP, Usaha, Ulasan, Kemahiran dan markah memerlukan banyak tindakan pada halaman kelas.

Isi dalam panel atau templat Excel pukal.
02

Perubahan sukar diikuti

Jika beberapa murid berubah serentak, guru perlu tahu rekod mana yang akan ditulis.

Semak senarai perubahan sebelum menyimpan.
03

Ragu selepas Simpan

Butang Simpan selesai ditekan, tetapi hasil sebenar masih perlu disahkan.

Baca semula dan bandingkan dengan rancangan.

CARA RUANG PBD BERFUNGSI

Tiga langkah.
Guru kekal mengawal.

Ruang PBD membantu kerja pengisian. Penilaian dan keputusan akhir tetap dibuat oleh guru.

1

Baca kelas

Log masuk SPPB seperti biasa dan buka kelas PBD atau UASA yang anda mahu urus.

2

Isi dan semak

Tetapkan nilai dalam panel, atau jana templat Excel. Semak murid dan medan sebelum menulis.

3

Simpan dan sahkan

Ruang PBD menggunakan kawalan Simpan pada halaman SPPB, kemudian membaca rekod sekali lagi.

LIHAT CARA IA BERFUNGSI

Daripada kelas ke rekod siap,
lihat setiap langkah.

Tur ringkas ini menggunakan paparan sambungan pada kelas dan murid ujian rekaan. Pilih langkah untuk melihat tugas sebenar yang dibuat oleh guru.

LANGKAH 01 / MULA

Buka kelas dalam SPPB seperti biasa.

Panel membaca kelas yang sedang dibuka dan memaparkan tugas yang tersedia: Isi PBD, Excel pukal, Markah UASA, Ulasan Guru Kelas dan Cetak Laporan.

Yang cikgu buatLog masuk SPPB, buka kelas, kemudian pilih tugas dalam Ruang PBD.
Yang berlakuSambungan menggunakan sesi SPPB yang sudah aktif; kata laluan tidak diminta.
Ruang PBD / kelas ujian
Panel Ruang PBD menunjukkan pilihan tugas selepas kelas dibuka
1 Pilih tugas kelas
1 / 4

Skrin sambungan sebenar daripada ujian setempat. Nama kelas dan rekod murid ialah data rekaan untuk demonstrasi.

CIRI UTAMA

Satu panel untuk tugas
yang cikgu memang buat.

EXCEL PUKAL / PERCUMA SEMASA PERINTIS

Banyak kelas, satu aliran kerja.

Jana templat daripada kelas di SPPB, isi dalam Excel, kemudian import semula. Semak kumpulan perubahan sebelum menulis kelas demi kelas.

  • Fail untuk kelas dan mata pelajaran yang tersedia
  • Semakan perubahan sebelum proses pukal
  • Hasil dibaca semula selepas simpan
Langkah jana, isi dan muat naik fail Excel dalam Ruang PBDAliran Excel sebenar pada kelas ujian
01

Isi PBD kelas ini

Tetapkan TP seorang demi seorang atau secara pukal. Urus Usaha, Ulasan, Intervensi dan Kemahiran.

02

Markah UASA

Masukkan markah pada kelas UASA yang terbuka dan semak sebelum menyimpan.

03

Ulasan Guru Kelas

Tulis ulasan untuk kelas yang anda kendalikan sebagai guru kelas.

04

Cetak Laporan PBD

Jana paparan laporan kelas untuk dicetak atau disimpan sebagai PDF.

MUAT TURUN PERCUMA

Cuba semua ciri.
Kongsi apa yang berlaku.

Ruang PBD percuma sepanjang fasa perintis. Tiada akaun, kod lesen atau bayaran diperlukan.

PERINTIS PERCUMA

Semua tugas, tanpa kod.

Isi PBD manual, Excel pukal, markah UASA, ulasan guru kelas dan cetakan laporan tersedia dalam satu sambungan.

Muat turun Ruang PBD v0.2.10 ↓

Fail ZIP untuk Google Chrome 116 atau lebih baharu.

Muat turun contoh Excel (data rekaan) — untuk melihat format sahaja; tidak boleh diimport ke SPPB.

Termasuk dalam perintis

  • Semak perubahan sebelum simpan
  • Eksport dan import Excel banyak kelas
  • Baca semula rekod selepas simpan
  • Kongsi maklum balas terus kepada pembangun
Pemasangan manual diperlukan sementara sambungan belum tersedia di Chrome Web Store.

Cara pasang di Chrome

  1. Muat turun dan ekstrak fail ZIP ke folder yang anda mahu simpan.
  2. Buka chrome://extensions dan hidupkan Developer mode.
  3. Pilih Load unpacked, kemudian pilih folder extension yang diekstrak.
  4. Log masuk SPPB seperti biasa, buka kelas, dan klik ikon Ruang PBD. Benarkan akses SPPB apabila Chrome meminta.

Simpan folder itu selepas pemasangan. Chrome memerlukannya untuk menjalankan sambungan.

JELAS TENTANG KAWALAN

Data murid
perlu dijaga.

Ruang PBD dibina untuk digunakan bersama sesi SPPB guru sendiri. Ia tidak meminta kata laluan SPPB anda.

✓

Guru menyemak perubahan sebelum simpan.

✓

Sambungan menggunakan butang Simpan SPPB dan tidak menekan Hantar secara automatik.

✓

Data kerja diproses dalam pelayar. Fail Excel yang dieksport disimpan pada peranti anda dan mengandungi data murid.

✓

Ruang PBD ialah produk digital Bumiputera Malaysia yang bebas daripada KPM, MOEIS dan SPPB.

SOALAN LAZIM

Soalan sebelum
mula menggunakan.

Adakah Ruang PBD produk rasmi KPM?+

Tidak. Ruang PBD ialah produk bebas dan tidak berafiliasi, ditaja atau disahkan oleh KPM, MOEIS atau SPPB.

Adakah Ruang PBD menekan Hantar?+

Tidak. Sambungan menggunakan kawalan Simpan. Tindakan Hantar kekal di tangan guru.

Bolehkah saya import fail Excel saya sendiri?+

Buat masa ini, import menggunakan templat yang dijana oleh Ruang PBD atau fail serasi dengan metadata kelas. Sokongan untuk format lain masih dikaji.

Adakah Ruang PBD berbayar?+

Tidak sepanjang fasa perintis. Semua ciri boleh digunakan tanpa akaun, kod atau bayaran.

Kenapa perlu pasang secara manual?+

Sambungan belum diterbitkan di Chrome Web Store. Muat turun fail ZIP di atas, ekstrak dan pilih folder sambungan melalui Load unpacked di Chrome. Pautan kedai akan ditambah selepas penerbitan.

BANTU KAMI PERBAIKI RUANG PBD

Ada masalah atau cadangan?

Emel langkah yang dibuat, hasil yang dijangka dan mesej ralat. Jangan sertakan nama, nombor pengenalan atau rekod murid.

Emel pembangun ↗