RUANG PBD

Privasi

Dasar ini menerangkan cara sambungan Ruang PBD memproses data semasa fasa perintis percuma. Kami akan mengemas kininya jika fungsi atau kaedah pemprosesan berubah.

Ruang PBD ialah sambungan pelayar bebas yang membantu guru mengurus PBD dan UASA pada halaman SPPB. Ia bukan produk rasmi KPM, MOEIS atau SPPB.

Data yang diproses

Apabila guru membuka kelas, sambungan membaca data yang diperlukan untuk memaparkan murid, rekod pentaksiran, pilihan medan dan status kelas. Data digunakan untuk menyediakan perubahan yang guru pilih dan mengesahkan hasil selepas simpan.

Penyimpanan

Roster dan draf kerja semasa dipegang dalam memori pelayar. Proses pukal dan paparan cetakan boleh menggunakan storan sesi pelayar. Fail Excel yang dieksport disimpan pada peranti guru dan mengandungi data murid; guru bertanggungjawab menyimpan fail tersebut dengan selamat.

Penghantaran

Versi sambungan semasa berinteraksi dengan SPPB dalam sesi log masuk guru. Ia tidak menghantar data murid ke pelayan Ruang PBD. Tiada akaun, kod lesen atau pembayaran dalam talian diperlukan sepanjang fasa perintis. Dasar ini akan dikemas kini jika ciri tersebut ditambah.

Kawalan guru

Guru menyemak perubahan sebelum simpan. Sambungan menggunakan kawalan Simpan pada halaman SPPB dan tidak menekan Hantar secara automatik.

Pertanyaan

Untuk masalah, cadangan atau pertanyaan privasi, emel dtsyahmi@gmail.com. Jangan sertakan data peribadi murid dalam emel.

← Kembali ke laman utama